Saturday, May 29, 2010

Roda Berputar, Membawa Aku Ke Sana

Aku jadi pemandu pelancong (part time) hari ni.

KK - Karambunai - Tuaran - Tamparuli - Nabalu - Bundu Tuhan - Kinabalu Park - Timpohon - Kundasang - Nabalu - KK. Errr.. Ada singgah Karamunsing kejap.

Otot betis ngan lengan mengembang. Almaklom, kereta manual tanpa power steering. Penat bagai dua kali ganda.

Jam 0900 pagi hingga 1030 malam. Drebar sepenoh masa.

Wednesday, May 26, 2010

Jalan-jalan Sambil Makan-makan

KK - Rugading - Menggatal - Putatan - Kinarut - Papar - KK.

Err.. Tengah-tengah tu ada singgah mkn ketam sama siput sama udang. Burppp.. Naik balik la tahap kolesterol aku.

Keletihan dah ni. Jam begini baru sampai rumah. Esok sudah menanti. InsyaAllah..

Sunday, May 23, 2010

Selesai Dengan Jayanya

Aku akhiri urusan-urusan hari ini dengan lafaz Alhamdulillah..

Dua minggu kami menuntut dan berguru, dan kejayaan ini telah disahkan dengan penyerahan selembar kertas bermaruah.. Iaitu...
...
...

Sijil Pra-perkahwinan yang dikeluarkan oleh JHEAINS. Saspen..

Saturday, May 22, 2010

"Windows" Netbook. Telah Janggal Bagi Aku!




"Adi, lu ambik la itu netbook. Maybe sudah rosak la. Lu try la apa mau bikin. Mana tau sana KL boleh buat".

"Takpe arr.. I tengok dulu apa boleh buat".

Asus Eee PC yg cuba disogokkan oleh seseorang uta aku repair (kononnya).

SSD-nya rosak. Dengan OS Windows-nya yang aku anti. Aku pulangkan semula, tanpa menoleh kembali!

Aku Membaca

"Akhlak adalah satu-satunya terjemahan universal bagi Al-Quran".

Friday, May 21, 2010

Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat kali ini pokok bicara khatib banyak menyentuh tentang sifat AMANAH.

Begitu juga dengan khutbah untuk minggu sebelumnya, dan minggu sebelum-sebelumnya. Juga menyentuh tentang AMANAH.

InsyaAllah, sifat AMANAH akan jadi amalanku selalu.

Nota: Khutbah yang disampaikan secara spontan dan tegas oleh khatib masjid Kota Kinabalu (atas bukit) menjadikan aku tidak mengantuk ketika mendengarnya. Syukran..

Thursday, May 20, 2010

Ter'Papar'

Wehhh.. Apalah tajuk entri kali ni.

Sebenornye aku baru menghabiskan ekspidisi ke satu lagi bahagian dalam negeri sabah iaitu Papar. Aktuali aku dah pegi ke sini buat kali yang ketiga. Pertama, yang dulu tu tahun 2007. Keduanya, semasa perjalanan balik dari Beaufort ke KK dan yang ketiganya, yang kali ini punya lah.

Dua perjalanan yang lalu tak banyak yang aku 'eksplor', dan tak banyak yang aku tahu tentang Papar. Tapi kali ni, alhamdulillah aku dapat pengalaman yang baru dan bermakna.

Sesudah selesai urusan pekerjaan rasmiku, aku telah di ajak untuk 'mengembara' ke dalam belukar dan dusun di lereng salah satu bukit yang ada kat situ. Aiseh.. Aku lupa la nama itu tempat.

Pada mulanya diaorang kata, "kalau hujan, kita tak dapat naik ohh.."

Jadi aku tertanya-tanyalah, teruk sangat ker laluan jalannya.

Nah aku, alamilah sendirik..

Dengan menaiki sebuah SR yang telah di'konvert' enjin Ninja King VX edtiton 3.6 Turbo, kami berempat mendaki jalanan ala-ala ekspidisi pacuan 4 roda 'Camel Trophy'. Haha.. Memang gah, memang adventure..

Menelusuri laluan berliku balak, dilereng bukit. Di kiri tebing tinggi, di kanan gaung. Nun di sana, terbidang kehijauan hutan dan belukar. Hampir 20 minit perjalanan terhinjat-henjut, akhirnya..

Sebidang dusun buahan yang rata-ratanya tanaman durian. Selainnya ada tarap, rambutan, manggis, cempedak, nangka, dan untuk julung kalinya.. Aku mengenali macam mana pokok clover. Cengkih daa..





Singgah sebentar di rumah pemilik SR tadi tu. Aitt.. Ada munyik kucing mengiau. Tapi mana haiwannya. Allahu akbar.. Ada burung bunyik kucing daaa.
Sebenarnya itu tiong batu. Sekarang agak sukar nak cari burung ni  dipelihara di rumah-rumah. Almaklom, haiwan kawalan oleh Mergastua.

Sunday, May 16, 2010

Kota Kinabalu, Hari ke-14, Selamat Hari Cekgi-Cekgu!

Genap 14 hari aku berada di bumi di bawah bayu. Sepanjang tempoh ini, banyak perkara dan hal yang dilalui. Masam, manis, pahit, kelat, kecut, pedor, semuamya ada..

Mana yang sedap aku telanlah, aku simpan jadi memori best.
Mana yang tak sedap, telan jugak. Tapi proses-proses, 'extract' buangkan sebagai taik.Huiss!

Kalau dah jadi taik nak kasi ingat lagi ke? Lupakan aje la. Jadi baja kompos.
Kan masih ada manfaat, walaupun bukan untuk aku, mungkin untuk fungsi lain. Kah3x. Melalut punye falsampah.

Sempena 16 haribulan Mei ni, aku nak ucapkan salam takzim dan salam kasih kepada semua cekgu-cekgi, ustaz-ustazah, cik-enchik-puan, sir dan juga teacher di mana jua kalian berada.

Meh sini aku sebutkan nama kalian yang masih di dalam ingatan: Dimulakan dengan cekgi tadika aku ye, cekgi Liza, cekgi Tomoko (ye la kot nama cekgi Jepun ni), sir Abd. Rahman, sir Saadon, cekgi Zainon, cekgu Mazlan, cekgu Yusof, cekgu Sharif, ustaz Rashid, cekgu Musa, cekgi Fordzizah, cekgu Zainuddin.

Adulaaa, ingat-ingat lupa dah aku ni.

Ustaz Jasuki, ustaz Fakhruddin, ustazah Noraini, ustazah Khairiah, cekgu Hamdan, cekgu Ramlan, cekgi Ramlah, cekgi Laizinah, cekgi Rohaidah, cekgi Noraidah, ustaz Roslan, cekgu Rohmanan (si-peng'inspirasi' nama Blungkeng), cekgu Sanip, enchik Hairuzzafwan, puan Suriani, enchik Supian.

Emmmphh.. Banyak lupa lah nama-nama mereka. Lain kali kalau ingat aku tambah lagi.

Saturday, May 15, 2010

Kursus Pra Perkahwinan Ke-2

Menghadiri kursus Pra Perkahwinan untuk kali kedua. Pertama, yang dolu-dolu (dengan ehem-ehem yg dulu tu..). Sijil pun ntah ke mana. Mak aku masih simpan kot.

Kali ni punya kursus bertempat di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Tapi untuk 'bakal' pengantin lelaki ditempatkan di ruang seminar Masjid Negeri Sabah.

Pastinya, bersama si dia (buah~atiku). Kursus berlangsung selama 2 hari. Untuk sesi kedua akan kami ambil pada Ahad minggu depan (23hb).

Sunday, May 2, 2010

Terbang Ke Awan

Ada wi-fi gratis.

Sekarang berdada di Airport Senai untuk fly ke Kota Kinabalu. penerbangan Airasia tertangguh la pula. Perjalanan yang sepatutnya pada jam 0930 pagu, sampai la ni pun takde apa-apa pengumuman terbaru.

Alahai, berkampung berpekan kat airport la jawabnya aku nih.

Di sana sudah ada yang menanti...