Monday, April 26, 2010

Kekejangan

Kedua pangkal ketiak dan peha aku mengalami kekejangan dan kelenguhan.

Ni gara-gara panjat bukit dengan snorkeling kat Pulau Kapas hari Sabtu lepas.

Tu la, lain kali, kasik 'warm-up & stretching' dulu apa-apa yang patut.

Biasalah, dah kemaruk nak main air. Hambik kau..!

Wei mana gambar-gambar aku nih. Kasik up la Yus. Kemut arr kemera tu.

Kenapa Apakah?

KENAPA aku semakin 'rajin' semenjak-2-menjak ni untuk tidak mengupdate ini blog?

Nak kata takde bahan yang nak diceritakan, tidak juga. Selambak cerita yang perlu diabadikan.

APAKAH gara-gara anti-facebook kempen yang menjadikan aku malas nak online?

Oh.. Sungguh memang berhantu itu budak facebook!

Thursday, April 22, 2010

Capal Kulit Sang Raja

Seorang Maharaja teringin akan berkeliling negeri untuk melihat keadaan rakyatnya. Ia memutuskan untuk berjalan kaki sahaja. Baru beberapa meter berjalan di luar istana, kakinya terluka kerana tersepak batu. Ia berpikir, “Ternyata jalan-jalan di negeriku ini buruk sekali. Aku harus memperbaikinya.”

Maharaja lalu memanggil seluruh menteri istana. Beliau memerintahkan untuk melapisi seluruh jalan-jalan di negerinya dengan kulit lembu yang terbaik. Segera sahaja para menteri istana melakukan segala persiapan. Mereka mengumpulkan lembu-lembu dari seluruh negeri untuk disembelih dan diambil kulitnya.

Di tengah-tengah kesibukan yang luar biasa itu, datanglah seorang ilmuwan menghadap Maharaja. Ia berkata pada Maharaja, “Wahai Paduka, mengapa Paduka hendak membuat sekian banyak kulit lembu untuk melapisi jalan-jalan di negeri ini, padahal sesungguhnya yang Paduka perlukan hanyalah dua potong kulit lembu untuk mengalas telapak kaki Paduka sahaja.”





Moral: 
Untuk membuat dunia menjadi tempat yang nyaman untuk hidup, kadangkala kita harus mengubah cara pandang kita, hati kita, dan diri kita sendiri. Bukan dengan jalan mengubah dunia itu atau menyesali takdir yg telah terjadi dalam kehidupannya.

Kerana kita seringkali keliru dalam menafsirkan dunia. Dunia, dalam pikiran kita kadang kala hanyalah suatu bentuk peribadi. Dunia, kita ertikan sebagai milik kita sendiri, yang pemainnya adalah kita sendiri. Tak ada orang lain yang terlibat. Sebab seringkali dalam pandangan kita, dunia adalah bayangan diri kita sendiri.

Ya, memang, jalan kehidupan yang kita tempuh masih terjal dan berbatu. Manakah yang kita pilih, melapisi setiap jalan itu dengan permadani berbulu agar kita tak pernah merasakan sakit, atau melapisi hati kita dengan kulit pelapis, agar kita dapat bertahan melalui jalan-jalan itu?

Aku Kasi Up Lagi

Semalam aku pegi Tabung Haji untuk kemaskini akaun dan kemaskini aku punye skim potongan gaji yang ada masalah siket. Yang lepas aku mintak potong RM600, dia cuma kreditkan RM550 je.

Bila aku tanya kompeni, dia potong gaji aku by rekues. Tapi bila aku tanya Tabung Haji dia kata kompeni awak cuma bagi cek sejumlah ni je. Jadi, siapa yang punye angkara sehingga terjadinya permasalahan ni?

Dah 3 bulan tak 'in order'.

Kali ni aku cukup dah sabarnye..

Mintak borang sat, meh aku kasik tambah jadi RM750!

Thursday, April 15, 2010

Satu Perjalanan Yang jauh. Kuala Terengganu - Kampung Aku

Malam tadi bertolak dari Kuala Terengganu jam 1130 malam menuju ke Kota Tinggi. Adoila.. Mata mengantok tidak terkira. Namun tetap aku gagahkan jua.

Tadi tido sat kat Pekan. Mata tak pejam, tapi badan dah lelap. Camne tuuu?? Bahaya..

La ni berenti kejap kat pantai Mersing. Rehat-rehat sambil minom kopi Radix sama lontong darat. Bukak Macbook. Cek facebook, cek email, update entri blog. Woitt.. Kejap-kejap.. Facebook?? Hehehe..


Wednesday, April 14, 2010

Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Tak Ujan-ujan Dah Beberapa Hari

Tula pasal. Kemaruk sangat nak anti facebook, last-last blog aku pon tak ter-update.

Abis camne.. Kalau nak update blog, kena online. Bile dah online, sah-sah tangan gatal lak taip kat 'address bar' kat atas tu perkataan 'f.a.c.e.b.o.o.k.' Aduuu...

Nak terminate account tak sampai ati. Kadang-kadang nak juga bersosial maya, bertanya khabar dengan kawan-kawan.

Kecanduan faccebook aku nih!

Saturday, April 10, 2010

Lawi Ayam Dan Kuku Rimau

Lawi Ayam (belah kanan). Kuku Rimau (belah kiri).
Tebus mahar juga melalui pokcik punye keris besar itu.




Spesifikasi;

A. Lawi Ayam.
Hulu dan sarung: Kayu Sena.
Bilah: Tempaan besi biasa.

B. Kuku Rimau.
Hulu dan sarung: Kayu Sena, dengan lilitan tanduk lembu di tengah sarung.
Bilah: Tempaan besi biasa.

Badik (I)

Ni badik pertama aku. Badik ni aku miliki dari seorang 'pandai besi' di kampungnya di Pasir Panjang, Kuala Terengganu (pokcik yang aku bergambar dengan keris besar tuu..), dengan sejumlah tebus mahar.

Belom kasik nama.


Spesifikasi;

Hulu: Kayu Asam Jawa (Istana Kolam). Permukaan atas hulu berpantek gading gajah.
Sampir: Kayu Bueh.
Batang Serunai: Kayu Asam Jawa.
Bontot: Kayu Mali.
Bilah: Campuran besi 7 'pa' (paku, pahat,..), dengan tempaan tulang mawas, berpamor.

Senjata Tradisional~Klasik. Satu Pengenalan Dan Permulaan

Telah lama aku mengidamkan untuk memiliki beberapa kelengkapan senjata-senjata lama macam keris, pedang, parang dan sebagainya.

Minat ini telahpun aku mulakan sebelum ini, tapi tak lah seserius mana. Tapi kini, aku akan mulakan kecintaan dan minat yang mendalam pada senjata lama (tradisional~klasik).

Tak semestinya bila kita menyimpan senjata atau barang sepurba begini menunjukkan kita ni tergolong orang yang ganjil, mistik, penuh kebencian, dendam, 'rebel' dan sebagainya. Aku anggapkan minat sebegini suatu yang unik dan bermakna. Dan aku rasakan, aku dapat sesuatu 'spirit' yang dikatakan SEMANGAT. Hahahaha..

Baru nak belajar-belajar.

Penghujung Malam Hening Bening

Bangkit di penghujung malam, dan aku pastikan waktu ini bermanfaat dan bermakna padaku. InsyaAllah..

Semoga aku istiqamah dan sabar dalam mengerjakan sesuatu amalan.

Friday, April 9, 2010

Al Fatihah



- Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir.
- Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
-Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
- Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
- Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.


Masjid Kampong Tanggol, Kuala Berang. Tarikh snsp-snap: 04.04.10.

Thursday, April 8, 2010

Anti Facebook?

Buat sementara, aku cuba untuk mengurangkan aktiviti facebook aku. Ehemm.. Kempen ni bukan sekadar untuk facebook, malah aktiviti berkaitan internet juga.

Berapa lama aku boleh bertahan?

Dan aku gantikan waktu itu dengan perkara yang lebih bermanfaat. Contonya, amalan mengaji ke, solat ke, zikir ke, minat membaca ke. Yahuu..!




Nota: PC Fair selama 3 hari bermula ari ini di TTC, Kuala Terengganu. Pegi jangan tak pegi!

Kisah Si Ayam dan Si Arnab

Alkisah.. Dua binatang yang berteman akrab sejak kecil, iaitu si ayam dan si arnab. Mereka sering berjalan berdua ke mana pun mereka pergi.


Pada suatu hari, ketika mereka berjalan melewati hutan belantara yang jauh dari keriuhan kota, mereka menemukan seorang lelaki yang hampir mati.

Si ayam berkata: “eh Nab.. Lihat tuh! sepertinya ada orang sedang terbaring di depan!”
Si Arnab : “Iya Yam. Aku juga nampak. Sepertinya dia sedang kemalangan. Jom kita tengok dekat.”
Mereka melihat dari dekat, dan lelaki itu dengan lemah berkata : “Tolong aku, aku lapar dan tidak punya makanan.”

Lalu si Ayam berkata kepada si Arnab : “Eh, kasihan... Nab, jom kita tolong dia.”
Sahut si Arnab : “Tapi macam mana Yam? Kita kan tak bawa bekal apa-apa..”
Si Ayam berkata : “Ya begini.. Apa yang ada pada diri kita sahaja, kita olah menjadi makanan, setuju?”
Si Arnab mengangguk : “Baiklah, kalau itu mampu menyelamatkan nyawa orang itu, saya bersedia.”

Dipendekkan cerita, mereka masing-masing memberikan bahagian diri mereka, mengolahnya menjadi makanan dan memberikan kepada lelaki tersebut.

Dia sangat berterima kasih. Kesihatannya telah pulih dan dia melanjutkan perjalanannya. Si Ayam dan Si Arnab pun melanjutkan perjalanannya berdua.

Si Ayam berkata : “Senang ya rasanya, kita mampu menjadi berguna untuk orang lain..”
Si Arnab membalas : “Iya, aku juga senang. Tapi kamu jalannya jangan cepat-cepat Yam. Aku tadi memberikan satu kakiku untuk menjadi makanannya, kau beruntung, boleh bertelur..”


Moral: Memberi dalam kelimpahan dan memberi dalam kekurangan.
Memang bertuah dapat memberi dari kelimpahan, tapi alangkah lebih indahnya memberi dari kekurangan.

Wednesday, April 7, 2010

Semangat Keris

Aku telah lama mengimpikan untuk memiliki sebilah keris (err..betul ke penjodoh bilangan 'sebilah' digunakan untuk keris?).

Dan aku pasti yang pakar-pakar pembuat keris adanya mereka di negeri-negeri belah pantai timur iaitu Kelantan, Terenggan dan Pahang. Yang pastinya bukan di Johor dan apatah lagi di Kuala Lumpur. Kat Johor, pembuat parang nebas semak dengan sabit sawit banyak la..

Okeh, di sepanjang per'mastautin'an aku di Kuala Terngganu ini telah menjadikan aku lebih teruja untuk mencari keunikan senjata tradisional purba yang satu ini. Walaupun aku bukanlah sampai ke tahap penggila atau pemuja senjata, namun sedikit minat muncul di lubuk jiwa aku. Mungkin semangat 'rebel' yang ada pada diri aku kot. Takpon, rasa ingin lebih 'jantan'. Hehe.. Tapi yang pastinya, jiwa aku teramat inginkan 'semangat'.

Atas bantuan sahabat bernama 'Poksa', dia membimbing aku untuk menyuakan aku kepada beberapa 'penganyi' besi.

Dan insyaAllah, aku telah ditemukan jodohku di Kampong Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Aku telah melamar sebilah 'badik'. Cuma maharnya belumku bayar. InsyaAllah kan ku milikimu pada hari ini.

Niat asalku adalah sebilah keris. Tapi entah kenapa, badik menjadi bayangan hayalku semenjak-dua-menjak ni.

Bergambar bersama pengusaha keris dan keris milikannya yang amat la besau.



Nota: Terima kasih pada Poksa kerana sudi membantu. "Mu memang la pok, pokcik tu baik je duduk kat belakang rumah sewa mu, tapi mu dok sibuk bawak aku ke hulu-ke hilir. Apa kes la mu bawak aku jauh-jauh ke ceruk tempat lain. Kalau awal-awal mu ajak kat pokcik ni kan senang. Whatever, tengkiu la Poksa. I love U. Hahaha"

Sunday, April 4, 2010

Merenung ke Hadapan

Kerja di hari Ahad. Best woo.. Dulu pun Johor cuti Jumaat, Ahad sekolah. jadi tak janggal pun bile situasi macam ni aku lalui semula.

Sambil bawak kereta masuk kampong kat Kuala Berang nih..
Sorang-sorang.. Tengok lembu, tengok anak kambing, pokok getah, budak-budak balik sekolah. Sampai la berenti kat Kampong Tanggol.

Berenti masjid utk solat Zohor.

Dalam berdoa, dengar makcik rumah sebelah masjid tengah mengaji al Qur'an. Dengar pulak anak kambing bawah kolong masjid merengek mintak susu dengan mak dia. Ada pulak bunyik burung. Cuba bayangkan situasi itu sejenak..

MasyaAllah.. Bestnye suasana kampong. Waaa.. Aku homesick!
'Felda'sick aktuali..

Friday, April 2, 2010

Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.






Masjid Kampong Butut, Kuala Berang. Tarikh snap-snap: 31.03.10.

Thursday, April 1, 2010

Kisah Raja Dan Empat Isterinya

Diandaikan, terwujudlah satu kisah andaian seorang raja yang hidup bersama 4 orang isterinya..


Alhikayat, raja ni sangat mencintai isteri ke empat dan selalu menghadiahkannya pakaian-pakaian yang mahal dan memberinya makanan yang paling enak. Hanya yang terbaik yang akan diberikan kepada sang isteri ke empat.

Dia juga sangat memuja isteri ke tiga dan selalu membawanya ke pejabat-pejabat kerajaan dan luar negara. Itu kerana dia takut suatu saat nanti, isteri ke tiganya ini akan meninggalkannya.

Sang raja juga menyayangi isteri ke dua. Kerana isterinya yang ke dua ini merupakan tempat curahan hatinya, yang akan selalu ramah, ambil peduli dan sabar terhadapnya. Pada saat sang raja menghadapi suatu masalah, dia akan mengungkapkan isi hatinya hanya pada isteri ke dua ini kerana dia mampu membantunya melalui masa-masa sulit itu.

Isteri pertama raja adalah pasangan yang sangat setia dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam pemeliharaan kekayaannya maupun untuk kerajaannya. Akan tetapi, si raja tidak peduli terhadap isteri pertamanya ini meskipun sang isteri begitu mencintainya. Jarang sangat si raja ini mau bersama dengan isteri pertamanya.

Hingga suatu hari, sang raja jatuh sakit dan dia sadar bahwa kematiannya sudah dekat. Sambil merenungi kehidupannya yang sangat mewah itu, sang raja lalu berpikir.?

Saat ini aku memiliki 4 isteri di sampingku, tapi ketika aku akan pergi, mungkinkah aku akan sendiri..?

Lalu, bertanyalah ia pada isteri ke empat. Sampai saat ini, aku paling mencintaimu. Aku sudah menghadiahkanmu pakaian-pakaian yang paling indah dan memberi perhatian yang sangat besar hanya untukmu. Sekarang aku nazak. Apakah kau akan mengikuti dan tetap menemaniku?
“Tidak akan!” balas si isteri ke empat itu, ia pun pergi tanpa mengatakan apapun lagi.
Jawaban isterinya itu bagaikan pisau yang begitu tepat menusuk jantungnya.

Raja yang sedih itu kemudian berkata pada isteri ke tiganya. Aku sangat memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku nazak mau mati, apakah kau tetap mengikuti dan selalu bersamaku?
“Tidak!” sahut sang isteri. “Hidup ini begitu indah! Saat kau meninggal, akupun akan menikah kembali!”
Perasaan sang rajapun hampa dan membeku.

Beberapa saat kemudian, sang raja bertanya pada isteri ke dua, Selama ini, bila aku memerlukanmu, kau selalu ada untukku. Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikuti dan terus di sampingku?
“Maafkan aku, untuk kali ini aku tidak dapat memenuhi permintaaanmu!” jawab isteri ke duanya. “Yang mampu aku lakukan, hanyalah ikut menemanimu menuju pemakamanmu.”
Malahan, jawapan si isteri ke dua bagaikan petir yang menyambar dan menghancurkan hatinya.

Tiba-tiba, satu suara berkata: “Aku akan bersamamu dan menemanimu kemanapun kau pergi.” Sang raja menolehkan kepalanya mencari-cari siapa yang berbicara dan terlihatlah olehnya isteri pertamanya. Dia kelihatan begitu kurus, seperti menderita kekurangan zat. Dengan penyesalan yang sangat mendalam kesedihan yang amat sangat, sang raja berkata sendu, “Seharusnya aku lebih memperhatikanmu saat aku masih punya banyak kesempatan!”


Moral:

Kita semua diibaratkan mempunyai 4 isteri sepanjang hidup kita. Realitinya..

Isteri ke empat kita adalah tubuh kita. Tidak peduli berapa banyak waktu dan usaha yang kita habiskan untuk tubuh kita.

Isteri ke tiga kita adalah cita-cita, kedudukan dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semua itu pasti akan jatuh ke tangan orang lain.

Isteri ke dua kita adalah keluarga dan teman-teman kita. Tak peduli berapa lama waktu yang sudah dihabiskan bersama kita, tetap saja mereka hanya mampu menemani dan mengiringi kita hingga ke pemakaman.

Dan akhirnya, isteri pertama kita adalah jiwa, roh, iman kita. Yang sering terabaikan kerana sibuk memburu cita-cita, kekayaan, kekuasaan, dan kepuasan nafsu. 

Padahal, jiwa, roh, atau iman inilah yang akan mengikuti kita kemanapun kita pergi.


Pilihan memang di tangan kita. Namun takdir di tangan Allah.
Tepuk dada tanya iman dalam jiwa, isteri (kehidupan) mana yang lebih dicinta?