Monday, November 30, 2009

Sungai Mas Ke Mersing, Satu Perjalanan

Pagi ini, seperti minggu2 yang sudah, aku mengulangi kembali perjalananku dari kampung di Felda Sungai Mas menuju ke Mersing. Untuk meneruskan rutin tugasanku yg masih belum selesai.

Sepanjang perjalananku diiringi dengan rintik2 hujan sebesar bertih.. Terus menerus mengaburi pandanganku di cermin depan keretaku. Alhamdulillah juga cuaca redup tidak panas!

Dan sepanjang perjalanan, stereo SONY aku mengumandangkan alunan bacaan ayat suci al Qur'an yg aku muat turun dahulunya semasa di Tawau. Alhamdulillah sekali lagi.. sejuk hatiku, damai tenteram perasaanku, selamat perjalananku.

Okeh, kita buat kerja dulu..

Sunday, November 29, 2009

Tunaikan Zakat

Petang-petang aku ajak bapak gi jumpa ngan pak imam Yunos kat kedai runcit dia. Lama dah aku berhajat nak tunaikan tanggung jawab ni, tapi ada je yg membataskan usaha aku. Termasuklah halangan dari aku sendirik.. huhuu.

"Pak imam, saya berhajat utk byr zakat wang simpanan saya. Cuba tengok2 berapa saya perlu keluarkan.."

InsyaAllah, besok akan aku lunaskan tanggung jawab itu. Besok kerja Mersing, kirim bapak jela.

Nota: Tunaikan lah zakat. InsyaAllah, dgn berzakat ianya dpt menyucikan harta2 yg kita miliki. Dan harus beringat, jika sudah cukup nisab bahagian yg sepatutnya kita zakatkan itu usah disimpan atau digunakan. Itu bukanlah milik kita. Itu milik asnaf yg lapan. Moga beroleh keredhaaan Allah. Moga dapat keberkatan..

Saturday, November 28, 2009

Friday, November 27, 2009

Perjalanan Aidil Adha.

Selepas menunaikan solat Aidil Adha di surau blok 8, Kampung Sungai Mas kami bergegas berkemas untuk membuat ziarah ke Kg Melayu Majidee JB. Rumah embah pastinya. Emm, kesian embah lanang demam. Demam rindu dgn arwah isterinya (embah wedhok) agaknya..

Mimbar masjid Kg. Melayu Majidee. Gambar luaran masjidnye blom sempat disnap. Tgk la lain kali. Tarikh snap-snap: 09.03.07.

Dan selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Kg Melayu, kami bergerak la pulak balek ke kg mak. Kampung Ayer Baloi , Pontian. Pun ziarah orang sakit. Wak ku, abang kpd mak ku. Fizikal beliau sihat, dalaman dan fikirannya yg menampakkan keuzuran.

Namun yg pastinya, bile time raya mcm ni, ziarah rumah taulan dan kenalan pastinya ada habuan utk dibadok. Ketupat, lomang, rendang.. Haicess.. kenyang tahap boyot! Kemlakaren orang jawa kata.

Ada la singgah jap kat ladang sawit bapak kat Jln Parit Rengit. Pokok sawit dah mula menampakkan buah musim pertamanya. Sat lagi dah buleh dituai la ni..

Numpang teduh siket. Pokok sawit sebelah tu dah ada buahnye tu.

Tali ayer atau parit depan ladang bapak. Tengok airnye kaler apa? Itam kan.. Biasala air tanah gambut memang cenggitu. Dulu kecik2 aku ckp air ni air kencing lembu.

Aidil Adha 2009


Salam Aidil Adha.

Semoga sempena lebaran ini, Allah melimpahkan sebanyak-banyaknya hidayah, rahmat dan keampunan utk hamba-hambaNya. InsyaAllah.

Thursday, November 26, 2009

Ku Cari Damai Di Hati

Coretan ini didedikasikan utk seorang insan yg sentiasa di hati aku.

Kerunsingan yg ku alami semenjak 2 menjak ini mengajar aku lebih mengenal erti tabah dan kematangan dlm melayari sebuah kehidupan. Walau apa pun musibah yg aku hadapi, tetep akan aku harungi. Aku yakin itu semua adalah ujian dari Allah. Mungkin ada kemanisan yg telah dijanjikan Allah selepas dari ini.

Dunia manakah lagi yg harus aku pilih? Tiada.. Hanya inilah dunia ku. Kehidupan manakah yg harus aku pilih? Tiada.. Hanya kehidupan inilah (sementara menunggu waktu dijemput kembali). Jadi tak kan dengan musibah seperti ini harus aku mengalah dan berlari pergi?? Ke mana lagi harus ku pergi..

Aku.. Kau harus berani aku! (ni aku bercakap pada diri sendiri la). Kalau kau fikir masalah yg kau tempuhi ini sudah cukup besar.. Mungkin ada lagi manusia yg menerima musibah yg lebih besar daripada yg aku lalui. Kisah hidup abg Ali Acheh dgn Tsunaminya boleh dijadikan iktibar. Tidak cukupkah itu dijadikan cerita ujian?

Doa ku panjatkan kepada Allah. Tuhan semesta alam.

"Maha suci Engkau ya Allah. Hanya pada Mu tempat aku mengadu. Dan hanya pada Mu aku berserah diri. Seandainya takdir ini yg kau lemparkan kepada aku, aku redha ya Allah. Mungkin ini sebagai satu peringatan kepadaku. Dan juga sebagai satu balasan atas dosa2 ku. Ku redha ya Allah.. Ku redha.. Namun seandainya ku bermohon padamu ya Allah, dengarilah permintaan ku. Gantikanlah musibah yg tak mampu ku tanggung ini dengan suatu yg lain. Gantikanlah ianya dengan nikmat, rahmat dan hidayah Mu. Ku merayu padamu ya Allah.. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Ya Allah, jangan Engkau jadikan aku seorang insan yg lemah. Tunjukkan kepadaku erti ketabahan, erti kecekalan, erti redha, erti syukur. Ilhamkan kepadaku jalan penyelesaian terbaik bagi permasalahan ku ini. Dari Mu semuanya datang, dan kepada Mu jualah semuanya kembali. Bantulah aku ya Allah, bantulah aku. Kabulkanlah doa dan permohonanku ini. Amin.."


Ya Allah, cerahkan hati kami, secerah pagi ini. (Mentari di ufuk timur, Tenglu Laut Mersing).


Hijjaz - Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)


Muat turun Hijjaz - Lukisan Alam.mp3 di sini : http://www.4shared.com/file/59715979/a2753514/nasyid-hijjaz-lukisan_alam.html?s=1

La Tahzan ~ Janganlah Bersedih. (Ya Allah, Tabahkan Hati Kami).

Dengan menyebut nama Allah, hati akan menjadi tenang.. Ku yakini itu.

Dengar dan hayatilah, Ustaz Badrul Amin - La Tahzan (Janganlah Bersedih). Muat turun di sini. http://www.4shared.com/file/62884888/9b5a97a2/La_Tahzan.html?s=1

Nota: Syg, tabahkan hatimu.

Wednesday, November 25, 2009

Kisah Segenggam Garam

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu."Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu."Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak mudaitu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?""Segar." sahut tamunya."Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi."Tidak," jawab si anak muda.Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita."

Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."Lalu, kedua-duanya pulang.

Mereka sama-sama belajar pada hari itu.

Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.


Nota: Terima kasih Attholib.

Tuesday, November 24, 2009

Dugaan Demi Dugaan, Ujian Demi Ujian

Aku belajar untuk menerima setiap dugaan yg diberi Allah.
Dan aku belajar utk berfikiran positif dan matang atas takdir yg diberiNya, yang kadang2 hampir aku berasa mengalah.

Doaku: "Ya Allah, tabahkan hatiku menghadapi takdir Mu. Aku yakin yg Engkau tak akan memberikan sesuatu musibah yg hamba Mu sendiri tidak mampu utk menghadapinya. Ku yakin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku. Namun ku bermohon dan berharap pada Mu ya Allah, berikanlah aku nikmat sebagai ganti kepada musibah ini".

Friday, November 6, 2009

Antara Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang

Waktu Isya'

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . Wallahua'lam..

Sumber: www.halaqah.net