Thursday, September 24, 2009

Cari Feel Baru

Haa.. Pagi2 lagi lepas solat subuh jam 6 pagi tadi, aku dah berjalan keluar menuju ke arah pantai.

Sambil2 duduk atas batu tepi pantai ni, aku memblog dulu. Tengok mega merah di ufuk timur... Wahh.. Indahnya pemandangan. Alangkah best nye klu..

Pantai Cheratingg tak de la best sangat kalu nak di bandingkan dgn pantai Tanjung Balau yg aku nilaikan sbg yg terbaik sepanjang aku tau pantai. Cumanya, di sini di "well maintain" pantainya. Mai aku post satu dua gambar..



Duduk atas batu tepi pantai.

Trip 4 Syawal

Hari ni kami separuh keluarga (nape separuh? Sbb abg J n his family tak join), bermalam di Duyung Chalet, Cherating Pahang. Penginapan yg serba tidak memuaskan. RM70 per bilik.

Destinasi tepi pantai. Sampai2 pun dah malam. Jadi malas nak buat pilihan. Sambar je apa yg ada. Asal buleh lelap mata!

Makan malam sekitar Sg Ular. Pilihan, restoran Siam berjenama Ombak. Okeh lah utk selera tekak org yg sedang lapar.

Sblm beradu, memblog dulu. Mujur ada 3G. Tapi pehal HTC aku tak dpt roam 3G. Ngelat btol!

Huargh.. Ngantuk. Zzzz time.


Nota: Si dia mengapa moody? Penat barangkali..

Sunday, September 20, 2009

Aidilfitri Pertama 1430

Alhamdulillah, masih di izikan Allah utk ku menyambut aidilfitri pada kali ini.

Lebaran kali ini cukup sederhana. Baik diri aku dan juga keluarga. Bajet ciput barangkali.. Hehehe.

Takde baju baru, takde kostum baru. Spenda jela yg baru kot! Huhuu..

Aiseh, solat sunat aidilfitri pun miss la..

Lepas bersiap pepagi tu seperti biasanya, mengadap mak bapak. Mtk mahap banyak2..

Okeh, sesi bergambar!

Pak, mintak ampun..

Mak mintak mahap..

Ni jela warga kerja aidilfitri 1430 kali ni.

Ha.. Yg ni warga baru keluarga kami.

Friday, September 18, 2009

Iklan Raya Petronas 2008


Thursday, September 17, 2009

Iklan raya Petronas 2007


Wednesday, September 16, 2009

Packing Time!

Haa.. aku dah start packing2 barang apa yg patut. Sumbat sana, sumbat sini. Aduih.. Macam overloaded je nanti ni kat airport luggage.

Tempoh hari aku sudah byr siap2 utk 20kg. Tambah RM40.

Takpe, pelan2.. Sambil tunggu buah hati aku. Janji ptg ni mau shopping.

Paling Best

Eh, bawak pelan sikit. Aku geli aa..

Sakit ke?
Tak.

Itu dia potong dia kasi balik ke?
Tak.

Boleh Tengok?
Tak boleh... Aku sepak kang!

Heheheh


Moral from the iklan, jgn le melayan orang tua spt mereka tiada perasaan kalaupun mungkin mereka tidak berfikiran sewaras dahulu. Ingatlah.. Tak selamanya kita sentiasa muda. Satu hari nanti, kita akan merasai hidup tua juga. Tu pun kalau umur panjang..

Klik di sini untuk soundtrack nye, Ebiet G. Ade - Aku Ingin Pulang.mp3


Iklan Raya Petronas 2006


Tuesday, September 15, 2009


Moral from the iklan, hormati dan ladenilah (layanilah) ibu bapak. Kalau dia belum mandi, mandikan la..

Iklan Raya Petronas 2005


Musim Lagu Raya

Pegi kat mana2 pun dgr lagu raya. Tak kira kedai cina ke, kedai nombor ekor ke, bengkel motorbot ke, seemua pakat2 bukak lagu raya. Konon lagu raya ni ada semangat la (spirit org jawa kata).

Alah, setahun sebulan je mcm ni.

Itu hari lg best, tgh lepak2 (iktikaf bahasa sopannya) di masjid, ada pulak bebudak main lagu raye kat henfon diorang. Bukak kuat pulak tu. Siap ber'gigi biru' lg tu antara sesama mereka. Sungguh kurang sopan. Kemaruk...

Lagu nazam lebaran ni direkues oleh Anis.

Okeh, aku pun nak kemaruk jugak. Hehe..





Klik sini untuk Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran.mp3

Monday, September 14, 2009


Moral from the iklan, klu xdpt tiket blk kg, dah abis, jgn bsersedih. Naik je beca.. Boleh juga tu.

Iklan Raya Petronas 2004


Sunday, September 13, 2009

Aku tak jumpe cari iklan raya petronas utk tahun 2003. Aku gantikan dgn yg ni jelah ye..

Moral from the iklan, mengapalah sukar melafazkan maaf. Walaupun dgn mak bapak kita sendiri. Tanpa mereka, siapalah kita sekarang..
Bermaaf2an lah. Bukan setakat pd pagi raya je!

Ikaln Raya Petronas 2003


Matahari Terik Menyinar

Matahari telah melimpahkan sinarannya yg membara seawal jam 0600. Almaklum, Malaysia Timur's time..

Aitt.. Janji nak g tamu?? Apa cer.. Jam 0830 masih berguling2 atas tilam.
Biasak arr.. Org tengah kemaruk bergayut, jangan ditegah2. Hahaha.. Ayat cover diri sendirik.
Padahal sat lg mau jumpa dating sudah. Nak lagi gitu2. Dulik arr.. Kiteorang suke!

Moral from the iklan, penuhilah permintaan orang tua kita.
Tapi kekadang kena pikir jugak, klu mintak hati limpa lembu bagai, kan ke dah membazir namanya tu. Raya makan ikan basong goreng cicah budu cap ketereh sudah!

Iklan Raya Petronas 2002


Saturday, September 12, 2009

Bazar Mini Ramadhan Di Plaza Wawasan

Tiada apa2 yg menarik di bazar ini dibandingkan dgn yg berada di DBKK. Di sini banyak dijual makanan yg bukan berkonsep kuih muih. Jualannya lebih kpd masakan lauk pauk dan masakan panas seperti mee dan nasi goreng.

Petang ni aku beli mee campur nasi goreng. Berserta lauk isi ikan masak kicap manis dan sotong. Harga RM5.50.
Wow.. Bukan kerana harganya, tapi banyak nya. Bukan nasik atau mee nye, tapi lauk nya. Nampaknya aku buka puasa isi ikan dgn sotong berlaukkan nasik dan mee lah jawabnya. Terbalik sudah..

Aku ingatkan nak snap gambar bagi bahan bukti kat sini, tapi tak dan nak snap, juadah telah pun licin sejurus azan maghrib berkumandang.
Ciss..! Apa punye mentekedarah daaa.. Juadah abis dgn senapas.

Sebagai kudap2-an tambahan (citt.. ayat cover tembolok nih), aku beli popia goreng ngan epok2. Tapi ada pelik siiikit. Dia bagi sambal belacan bagi menggantikan kuah sos utk popia aku.
Ni popia ve.
Nota: Besok pagi mungkin aku akan ke tamu di Gaya Street. Jalan2 cari jajan utk dibawa pulang sbg ole2 org kampong. Maybe dgn somebody.. Siapa lagi klu bukan dgn si buah hati!


Moral from the iklan, berbanyakkanlah berdoa utk ibu bapa kita. Dan juga orang lain.. Tak rugi.

Iklan Raya Petronas 2001

Jasa 3G

Banyak juga jasa 3G pada aku semenjak dua menjak ni.

Video call antara aku dan dia.

Tp tinggi jugak investment utk 3G nih...

Friday, September 11, 2009

Jumaatku Masih Di Kota Belud

Khatib menyampaikan isi kuthbahnya yang banyak berkisar tentang amalan yg bermakna/dituntut sepanjang bulan Ramadhan. Dan beliau juga menegaskan kepada semua jemaah tentang kewajipan mengeluarkan zakat fitrah.

Alhamdulillah, sudah aku tunaikannya tempoh hari, juga di masjid yg sama.



Masjid Al Mukhtafil Bilal Shah (AMBS), Dungun. Masjidnya besar dan senibina cantik. Bersinggah ke sini semasa perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur melalui jalan dalam (Jabor-Bukit Besi). Tarikh: 24.09.07.
Dalam perjalanan ini jugalah, cermin kereta aku crack kena pantulan batu kerikil.

Thursday, September 10, 2009

Tiket Balik Kampong

Dah.. Akhirnya berhasil jugek aku balik kampung raya kali ni yek. Yg memulanya aku membayangkan semacam akan menyambut raya 2009 di depan Asia City Complex, KK.

Tiket AirAsia bertarikh 17.09.09 jam 0955 akan membawaku pulang ke destinasi Senai, Johor.
Terima kasih Uncle Tony...!

Harga tiket berjumlah RM309.00. Boleh tahan mahal weh..! Tiga hari sudah aku try tengok online, harga dia masih dibawah RM200.00. Ok lah, janji boleh balik raye.

Kesian kat mak aku. Asik bertanya dlm telepon "bile nak balik.. bile nak balik". Almaklumlah, anak mak..

Mcm biasa.. gosok dulu.

Nombor penempahan kali ini adalah YPWUAQ. Tak bestnye sebut..

Balik kampong.. ooo balik kampong..

Jom nyanyi2 kejap.. Muat turun Sudirman - Balik Kampung.mp3

Wednesday, September 9, 2009

Ada Apa Dengan 09.09.09



Seminit sebelum tamat nya tarikh unik 09.09.09, satu ikatan janji setia, antara AKU dan DIA telah termeteri.

Tuesday, September 8, 2009

Cenderahati Dari KB

Nilah.. Ole2 dari orang Kota Belud. Tengkiu...


Sunday, September 6, 2009

Opo Arek Dhadi Malaysiaku Iki

Pantun wong jowo diseleh jikok nang http://monggo-mampir.blogspot.com
Pantun jowo ceritok ne pasal kebejatan pemimpin nang Malaysia.

Mas Wongenom kerep merene
Dhadi koncoku sampek sak iki
Rasuah nang kono rasuah nang kene
Opo arek dhadi Malaysiaku iki

Melaku-melaku nang Parit Botak
Mampir diluk omah Wak Sarip
Menteri ngomong rak nganggo otak
Ngapusi rakyat urip-urip

Nyilih motor bojo Wak Wageh
Lungo mbandar ngepos surat
'Yang Berhormat' semakin sugeh
Rakyat susah dibenke melarat

Yaie lanang nang kebon cino
Mancah semak ngumpul belarak
Islam Hadhari dilaung saban dhino
Ngomonge waey ngamale orak



Nota sekel: Walah.. walah, kangen ne aku arek ngomong jowo. Sak iki pun wes akeh ngomongan ne sing klalen. Jowo ne wes mencret!

Ayuh Sama-sama Ber-Istighfar

Istimewa Untukmu


Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi

Kamar hati dihiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu

Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu

Kususun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri kudambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan kujaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku

Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku

Kejoraku bersatu



Klik di sini untuk muat turun/stream Search (Moq) - Kejoraku Bersatu.mp3

Saturday, September 5, 2009

Tanye Khabar Uncle Tony Sat..

Uncle.. Uncle Tony.. 13 atau 14 haribulan aku nak nompang balik semenanjung boleh tak?

Huh.. Aku baru jak berziarah ke Airasia punye web. Mujur tiket masih available utk balek raya.
Kalau tidak... Ada la org makan roti cicah air kacip fatimah Super Power di pagi hari raya tahun ni kat depan Asia City.

Tiket masih di paras harga RM160 ke RM200. Bermakna baki tiket basih banyak lagi. Agaknye la...

Aiseh terbukak lagu raya la pulak. Tangkap feeling..


Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali

Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda


Klik link di bawah;

Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti.mp3

Friday, September 4, 2009

Nuzul al Qur'an

Khatib Jumaat Masjid Kota Belud pada hari ini telah menyampaikan khutbah berkenaan dengan sambutan memperingati hari Nuzul al Qur'an. Di mana sejarahnya pada tarikh tersebut telah diturunkan ayat al Qur'an pertama kpd Rasulullah s.a.w.

Artikel di bawah dicedok dari http://blog.azhad.com.

H
ari ini 17 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

al-QuranPeristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)



Masjid Al-Gaffar, Panglima Abbas, Kinabatangan Sabah. Aku bersinggah utk solat asar di sini semasa perjalanan pulang dari Lahad Datu ke Sandakan. Tarikh: 21.11.2007.



Comel tak budak ni? Namanya Wafi, anak Kak Nor dari Pitas.

Nota: Aku ada jumpe satu soklan cepu gangsa kat dlm blog seseorang.

Apakah dia, yang datang macam semut/siput, pergi macam ribut?

Jawapannya.. Jemaah solat Jumaat!

Thursday, September 3, 2009

Gagal

Dalam minggu ni, KK sering dilanda hujan dan angin kuat. Terutama waktu mula malam dan awal pagi. Hujan membawa rahmat tu..

Hujan lebat jatuh seketul2 orang sini panggil "hujan roket".

Dan dlm sepanjang minggu ni juga, aku gagal utk berjalan pergi menuju ke masjid utk tunaikan solat terawikh secara berjemaah. Aku tunaikan di dalam bilik sahaja.

Sebagai alasan tambahan, hati ini berkata.. 'Aduih, jauh pulak masjid ni. sekilo..'.

100

Hari ni aku tengok visitor meter aku dah mencecah kiraan 100.

Bukanlah maksud aku utk mencari publisiti dgn menguwar2 kan blog aku ini. Blog Blungkeng ini lebih kpd catatan perjalanan/pengalaman peribadi aku. Kira macam diari jugak la. Tapi oleh kerana ianya berada di dlm kelompok pengguna internet, jadi aku tak boleh menghalang sesiapa utk mem'visit'nya.

Salam berblog.

Wednesday, September 2, 2009

Buah Hatiku




  • Inilah buah hati pengarang jantung aku.
  • Namanya Rina.
  • Asalnya Ranau, Sabah.
  • Dia kata dia orang Kadazan.
Aku mengenali Rina semenjak pertama kali berada di Tuaran tempoh hari (25.06.09). Perkenalan sesingkat lebih kurang 2 minggu telah menerbitkan bibit2 cinta. Cewah.. Sesingkat itu!

Entahlah, kami pun tak tau mengapa sesingkat itu. Andaikan sahaja hari ulangtahun (anniversary) pertemuan kami pada 07.07.09. Dan mulai pada tarikh ini, hati aku tidak kosong lagi.

Alhamdulillah. Moga pertemuan ini tidak sesingkat tempoh perkenalannya. Dan aku mengharap dengan sejuta harapan.

Tuesday, September 1, 2009

Hang Tuah Gagal SPM

Lawak antarabangsa btol.
Sape la dok pedajal muvie Hang Tuah ni.. Mai pakat jengok dengaq sat!