Monday, June 29, 2009

Mantis Shrimp



Pernah dgr nama menatang nih?

Sedapnye bukan kemain...
Pertama kali aku mkan benda ni kat Sandakan. Masak goreng garam. Humang aih.. Lemak masin nye..
Kedua kali kat Tawau. Masak goreng butter. Mak oii.. Cerita pun tak guna!!
Ketam..? Tolak tepi lah. Udang galah..? tak power.

Sedap dan lemaknya sampai naik kat ubun2 kepala. Gugur rambut dibuatnye!!
Hari ni aku jalan2 kat Tamparuli untuk pergi ke kampung pedalaman nama Kiulu. Bile datang sini, orang akan sebut pasal 'water rafting'. Satu kampung yg tenang dan aman di kaki/pinggir banjaran kinabalu.
Sungai Kiulu

Ni la jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi

Muat turun lagu Jambatan Tamparuli di sini.

Sunday, June 28, 2009

Aku Nak Belajar Tentang Pelaburan Emas La..

Ada masa terluang hari Ahad ni, aku belek2 lah webpage2 berkenaan dengan pelaburan. Jadi aku tertarik hati dengan pelaburan berasaskan emas. Sebenornye, lama dah aku berkenan dengan pelaburan emas ni, cuma tulah, kejap on kejap off. Tapi mulai saat ini aku tanamkan tekad untuk kumpul duit supaya dapat beli "BAR EMASKU YANG PERTAMA".

Kenapa aku berminat dgn emas;
- satu nilai matawang yg soheh diterima pakai dalam Islam selain barter.
- nilainya yang stabil.
- sokonganku terhadap penubuhan ekonomi berasaskan matawang dinar dan dirham.
- angan2 untuk jadi saudagar emas. Bukan saudagar minyak aaa..

Jumpalah aku dgn satu webpage www.jutawanemas.com yg banyak memperkongsikan ilmu, idea dan forum berlaitan dgn pelaburan emas ni.

Harga bar emas 20 gram pada 28.06.09, 7.55pm ialah RM2,273.00 (jualan) dan RM2,137.00 (belian). Berdasarkan harga di web Public Gold.





Antara web yang berkaitan dgn emas;
www.publicgold.com.my
pampsuisse.blogspot.com

Ahad Yang Mandom

Cadang bangun pagi nak gi tamu kat Gaya Street. Malas la pulak. Sambong tido utk backup penat semalamnya.
Penat tido, aku jalan2 kat web jelah. Jumpe ni, baca la..

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada sorang (mungkin mamat loyar burok) yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab, sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah..

Terdapat 2 pasukan di dalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain di dalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan di dalam perlawanan.

Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!! Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit??

Itu adalah "BOLA REFREE"..!!!

Hahaaa..

Saturday, June 27, 2009

Ke Lima Kalinya

Pekena rota canai mamak api2 sambil tunggu tokey. Kena mtk daging nih bagi tambah rasa, kalau tidak.. Macam makan span keras jelah jawabnya.

Wokeh.. destinasi kita hari ini ialah Lohan. Kat mana Lohan tu? Mcm nama ikan flower horn je! Ke.. Kampung asal Lindsy Lohan?
Alah kat area Ranau jugak. Emm.. cukup lima kali lah aku jalan2 kat area kaki Kinabalu. Perjalanan pagi ni agak slow disebabkan kenderaan dan keadaan cuaca yg berkabus. Bile sebut berkabus, bermakna sejuk lah. Jimat ekon! Aku mtk tokey tu bukak tingkap SR dia. Aku cakap aku nak pegang awan yg mcm 'gula kapas' di area Kundasang ni.


Di saaana.. Puncak Kinabalu

Bestnye kalau aku dapat duduk kat sini. Takde jam.. takde asap kereta.. takde bising2 macam kat bandar. Dkt sini hari2 pasang ekon free!
Aman jek..

Rumah2 di lereng bukit Kundasang

Gambar diambil dari Hotel Perkasa, Kundasang. Berlatar belakangkan puncak Kinabalu yang mula dilitupi awan.

Tokeh Cina tu ckp, ramai cikgu semenanjung kawen dgn cewek tempatan, pastu bermastautin kat sini. Buat rumah kat lereng2 bukit. Besau2 lagi. Aku tengok mmg ye pun. Banyak rumah besar ala banglo kat lereng bukit.
Tokey offer aku bukak bisnes kat kawasan tu. Aku cakap, err.. aaa.. mmm..

Friday, June 26, 2009

Bundu Tuhan

Ye.. Destinasi aku seterusnya adalah di satu tempat antara Kundasang dan Ranau yg digelar sebagai Bundu Tuhan.

Sebenarnya, Bundu Tuhan lebih tepat berada di kawasan Ranau.
Pemandangan di sini? Superb! Terutama view puncak Kinabalu. Senja bawak ke malam, sejuk kemain! Time cakap mulut keluar asap.

Puncak Borneo, Simpang Bundu Tuhan. Lodge/mini resort.
Rate (promo);
Deluxe RM99, Exec RM160, Single RM120, Family RM120, Double Bunk RM35.

Laluan ke bilik2 penginapan.

Restoran. Sedap dan harga patut. Ada meja/kerusi buluh lagi.

Sejarahnya;

Menurut orang tua-tua kewujudan kampung Bundu Tuhan adalah hasil daripada sebatang pokok bundu yang tumbang akibat tanah runtuh yang melanda di kawasan selatan perkampungan ini akibat aliran air yang kuat.

Menurut lagenda asalnya penduduk kampung di sini merupakan penduduk yang kaya dengan harta pusaka tinggalan nenek moyang yang kini masih menjadi misteri di mana tersimpannya khazanah ini setelah disimpan akibat berlaku perang saudara yang berlaku agak lama dahulu.

Sogindai merupakan perkataan yang amat terkenal di sini dan amat sensitif kerana ianya ada kaitan dengan sejarah asal usul penduduk Bundu Tuhan sekarang. Sogindai (kumpulan rumpun bambu) mengikut cerita orang tua saya merupakan tempat untuk menyemadikan kepala manusia yang di sangod (head hunter) pada suatu masa. Oleh itu ia merupakan tempat yang sangat keras bagi masyarakat di sini.

Menurut sejarah pada awalnya perumahan di kampung Bundu Tuhan merupakan jenis rumah panjang ataupun rumah besar, iaitu satu rumah dihuni oleh beberapa keluarga yang mempunyai pertalian keluarga. Walau bagaimanapun keadaan ini sudah berubah sekarang mungkin akibat daripada revolusi yang dibawa oleh orang putih yang datang ke sini pada suatu ketika dahulu.

Tapi tang nama "Tuhan" tu tak dpt la aku pastikan kaitan nya dgn perkataan Bundu itu sendiri.

Sini populasi didiami oleh kaum Kadazan Dusun. Yang mana penduduknya berkulit putih-kuning kemerahan, terutama si 'sumandak'2 nya, aduyai.. Pipi merah2. Sejok la katakan.

"Oh.. Mama, saya mau kawin. Kawin dgn siapa. Dengan siapa saja".
Hehehe. Lagu ni keluar dlm time2 tertentu aje!


Nikmati jamuan mata;


Jumaatku Di Ranau


Masjid Ranau


Muat turun perisian al Quran serasi Ms Windows di sini.
Katakunci: www.myhiburan.com

Thursday, June 25, 2009

Tawaran Tuaran

Hari pertama aku di Tuaran. Pekan yg kecik, tiada apa pun yg menarik di pekannya. Tapi mungkin menarik di sekitarannya.
Jam 6 petang, sunyilah pekan, senyaplah suasana. Yg tinggal bukak cuma beberapa kedai makan dan pusat karaoke.

Hummph.. Nampaknya kenalah aku stay kat KK sahaja. Api2 lah.. Mana lagi!

Apa2 pun selamat ber enjoi mengembara (ucapan utk aku sendiri).

Pengenalan Tuaran dicedok dari wiki;

Tuaran is a town as well as a district located in West Coast Division, in the northwest of Sabah, East Malaysia on the island of Borneo. Tuaran district has an area of 1,166 square kilometres and an estimated population of 94,100 in 2006.[1] About half the population consists of ethnic Dusun, a third ethnic Bajau, and some Chinese. It has a distinctive nine-story Chinese pagoda as a prominent landmark.

Nearby tourist attractions are the Mengkabong Water Village and the Penimbawan Water Village, with stilt houses built by the Bajaus over the shore. There are three big resorts in Tuaran District: The Shangri-La's Rasa Ria Resort, the Mimpian Jadi Resort, and the Sabandar Resort. In addition, there are several small 'resorts' offering accommodation, food, and water activities.

The town has the great advantage for being a stopover town for travellers from the north towns (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, and Tenghilan) to the state capital, Kota Kinabalu which is 34km to the south of Tuaran. The town has been expanding fast and but is now limited by the Tuaran river which borders the town on three sides, almost circling it.

Every Sunday morning, Tuaran town holds a big natives' open market known as Tamu by the Sabahans. Harvests of produce from nearby villages and valleys are brought to the market, such as fruits, vegetables, handicrafts, fish, homemade traditional cakes, traditional homegrown tobacco, and so on. The tamu supplies many great photo opportunities for tourists. The variety of goods to be seen is very impressive for the visitor. The Tuaran tamu is second only to the one in Kota Belud in terms of size and exotica.

The name Tuaran is believed to have come from the Malay word tawaran which means 'bargaining' or 'sale'. This presumably reflects on the town's earlier role as a market where natives from the hillside villages brought their produce for trading with the coastal Chinese and other indigenous peoples.


Pabila Telinga Airasia Mencapang


Pabila telinga sayap kapal terbang yg aku naik dah start mencapang, taulah aku, saatnya untuk 'landing time'. Huarghh.. perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu dgn menaiki penerbangan Airasia AK6123 mengambil masa kurang lebih 50 minit.

Ambil limo RM20 ke bandar KK, terus aku mintak dihantarkan ke Api2 Centre (orang kata 'sarang burung') untuk Check-in bilik.

Pada aku api2 bukan la best sgt, tp oleh kerana murah, bedal ajelah! Adalah jugek aku try survey2 sekitar utk budget hotel, tp semua takmo amik sewa bulan. Semua kira hari. Kalu mcm ni bengkrap la pakcik! Tengoklah dulu.. Aku amik 2 hari je, pasni try survey Tuaran (yg esoknya aku kena pegi), kalu kat sana ada penginapan yg selesa, aku stay sana jelah. Kalu tak, stay api2 forever..

Bilik api2 kali ni tak seselesa yg sudah2. Pasni konferm aku mtk tukar. Tu pun kalu aku konfem duduk sini sebulan lah..
Aku cerita siket camne bilik api2 nih. Sebenornye, api2 ni apartment. Tapi oleh kerana permintaan bilik sewa yg tinggi kat bandar ni, diaorang dah tukar fungsinya kpd rumah/bilik sewa. Bermakna, dalam setiap rumah, bilik2nya disewakan secara individu. Jadi nasiblah, kalau kau dapat housemate orang Filipin ke, Dayak ke, Melayu ke, orang dah kawen ke, yg buat kerja 'gitu2' ke.. Hahaha nasiblah. Pada aku, tu yg datangnya tak selesa tu. Sewaannya, Rm50/hari, RM780/bulan.
Yang bestnye sini, segala kemudahan dekat. Plaza/pasaraya sebelah menyebelah aje, tempat makan banyak, ambik teksi mudah, cuci mata pun mudah, oppsss..

Lepas check-in aku ke Centre Point di sebelah utk tukar bateri Irony aku.

Tuesday, June 23, 2009

Pengakhiran di Tawau

Cukup 37 hari aku di Tawau semenjak dari 11 May yang lalu. Hari in, hari terakhirku di sini. Banyak pengalaman baru, kenangan dan memori aku simpan baik dalam kotak lipatan sejarah ku. Begitulah... Maha Suci Engkau ya-Allah, memberi peluang kepadaku untuk merasai semua ini.

Terima kasih tuan tanah/rumah, terima kasih warga Singer Tawau 1 & 2, terima kasih abg/cewek2 ikan bakar, terima kasih pak/mak aji nasik taman tikus, terima kasih drebar teksi, terima kasih semua. Semoga kita dilimpahi rahmat Allah sentiasa.
Terutama kepada (akan ku sebut nama kalian) Abg Din/Nobin, Kak Fatimah (SCA), Ady, Man yg baik, Suna yg comey/babyface, Azmah yg selalu menegur/membantu, Erna yg peramah, Fatma yg senyap, Pak/Mak aji yg pemurah bab makan/minum dan kesemuanya.

Terima kasih atas ole2 dan layanan anda. Moga bertemu kembali.. Dengan izin-Mu jua ya-Allah!

Monday, June 22, 2009

Makan-makan & Beli-belah Di Tawau

Wokeh, aku nak abadikan pengalaman makan2 dan beli-belah aku kat Tawau nih.

Makan
- Mak/pak aji kat taman tikus/sabindo. Makan tengah hari. Lauk tak mintak pun dia bagi. Setambun. Averagely RM3.00. Murah!
- Ikan bakar Anjung. Ada satu kedai je yg murah. Aku selalu makan malam sini. Lain mahal sket. Tempat makan berbumbung, tu tempat dia. Sambil makan, sambil dgr orang melalak berkaraoke. Kadang2 akak/abg ikan bakar tu pun nyanyi sama.
- Yusuf curry house. Area Sabindo Commercial Park. Dekat stesen bas ekspress. Tak sedap sangat, tapi ok lah. Kari kepala ikan dia besau dan murah.
- Mamak 24 jam bawah Hotel Morcco. nasik + isi ikan black pepper. Sedap.
- Restoran sifud kat taman sabindo. Belah kiri sekali. Cina semenanjung. Segala mak nenek punye jenis ikan, ketam, udang, siput, kerangan. Air minum pun pelik2. ABC, BMW, CBA,.. Harga mahal sket, biasalah sifud fresh.
- Belakang restoran sifud tu ada kedai makan cina jual tiram fresh. boleh mintak makan mentah, half cook, well done. Aku suke makan mentah. Harga, average RM4/sekor. Area sini banyak kedai sifud.
- Restoran bawah panggung. Budak2 lagi yg berniaga. Biasa sarapan sini. Nasik lemak + sosej. Petang, ngeteh + sanggar peppek.
- Food court belakang panggung, bukak malam. Pelbagai pilihan.
- Tingkat paling atas kat pasar Tanjung. Rasanya ramai org endon yg berniaga sini. Biasa aku pilih duduk kat balkoni mengadap Laut Sulu. Oder nasik + soto makassar. Sedap!
- D'sham. Owner org semenanjung. Masakan pun sentuhan semenanjung. Kena dgn selera lidah. Tapi.. Bab nak bayar selalu gaduh. Ada sorang pekerja dia ni time kira sembrono je! Sarapan pagi sampai RM8 apa kejadahnye!
- Selang dua kedai dari D'sham ada kedai makan santai. ABC spesel, shake,.. bla.. bla.. aku suke konsep kedai mcm ni. Satu hari aku nak bukak kedai mcm ni kat kampong.
- Kedai roti Hajah Elly taman sabindo. Pelbagai jenis roti dan tat. Bukak sampai jam 2 pagi.
- Sup sedap sebelah Celcom, depan rumah doa.
- Sup lagi sedap, kat Merotai. Jauh la..
- Steamboat Hotel Emas. RM20/sorang. Pelbagai jenis. Makan sampai kemlakaren!
- Kayu Manis kat Ba Zhong. Tokey orang semenanjung. Oder air tunggu setengah jam. Oder makan tunggu lagi 1 jam. Hampeh! Tak sedap pun. Mungkin istimewanya sini, boleh pilih tempat makan btol2 kat gigi air laut (pantai la), pastu ada anjung di tingkat dua, boleh makan sila. View laut. Amat tak disyorkan!


Beli-belah
- Pasar gantung. Kain sarung, pelikat, batik, baju Tawau (tapi sikit je la), mutiara & kristal (lebih murah dari KK), cenderahati.
- Pasar Tanjung. Tingkat bawah barangan basah. Tingkat 2 barangan kering. Sayur, ikan masin, udang kering, soton kering. Murah dan segar. Amplang..
- Ruang legar Masjid Tawau (baru). Tasbih, CD/kaset/buku agama, kopiah, songkok, jubah, ubat,.. Macam2 ada.
- Pasar sayur/buah. kat area sebelah pasar tanjung. bukak malam bawak ke subuh. Kalau hari Ahad ada pasar tani kat situ. Aku selalu beli pisang ngan tapai pulut hitam. Manisnye..
- Ada dua je pasaraya yg 'amat besarnya' kat tawau ni. Milimewa dan Servey Parkwell.

Friday, June 19, 2009

Sakaratul Maut itu Pasti

Persiapkan lah diri kita dalam setiap masa.

Ambil lah iktibar dalam;

Sajak Sakaratul Maut

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiii!

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !


Nota : Sajak ini pernah dipopularkan oleh nasyid al Arqam (Nadamurni) suatu masa dulu.

Download di http://www.4shared.com/account/file/31424281/ab6b66f3/08-Puisi_Islam_-_Sajak_Sakaratul_Maut.html

Lihat video klip di http://www.youtube.com/watch?v=R2oxVeH88P8

Wednesday, June 17, 2009

Akhirnya..

Alhamdulillah..

Akhirnya.. Dapatlah juga aku menyiapkan kerja aku kat Tawau ni. Tinggal edit sikit2 je.
Akhirnya.. Dapatlah juga aku mencapai matlamat aku untuk menyimpan duit sebanyak RMxx,k. Issh.. xbley bgtau, nanti LHDN carik aku! Mulai hari ni jugak, aku up lagi target aku, jadi aku ada motivasi utk reach itu target.

Dengan itu, suatu pencapaian yg baik haruslah diraikan dengan suatu yg "baik puuunyee!".

Akhirnya.. Malam ni aku dgn Zol melantak sepuasnye steambot kat Hotel Emas.

Steambot ala buffet. Makan sampai tak bleh makan. RM20/seorang. Kuah tomyam. Lebih dari 20 menu utk dipilih. Aihh.. ABC pon ada??
OM NOM NOM NOM!!

Akhirnya.. Walawei, kemelakaren. Kiteorang btoi2 stim dalam bot!

Tuesday, June 16, 2009

Air Dan Hujan

Aiseh.. Ayor tak kuar lagi. Macam ni lah situasinya kalau kat bandar Tawau. Sekejap2 air takde.. Kang sekejap2 lektrik pulak yg takde. Apa org Tawau ni tak rajin bayo bil & income tax ke sampai kerajaan melalui agensi nya terpaksa mencatu itu dan ini?? Maaf ye org Tawau dan jajahan sekitarnya..

Aku tengok, ramai orang kaya kat Tawau ni. Susah nak jumpa kereta tempatan. Four Wheel sokmo yg kelihatan. Yg SR lah, Ninja King lah, Prado King lah, Unser King lah.. (ni aku tiru cakap imam masjid tawau beri khutbah Jumaat tempoh hari).
Dalam 11 bijik kenderaan yg nampak, 7 bijik 4x4.

Emm.. tu belum cerita bab kebersihan bandar lagi. Nanti aku dapatkan bukti bergambar betapa tahap "bersih" nya dan "kemas" nya bandar Tawau ni.
Agaknya nak mintak pakcik benggali yg kat TV3 tu buat liputan tentang bandar Tawau ni la, baru ok!

Malam ni hujan lebat turun lagi. Cadangan asal untuk buat homework terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Mana boleh anugerah Allah dipersia2kan begitu shj. Membajir. Zzzz lah..

Monday, June 15, 2009

Anak Bapak

Boring seh hari ni.. kerja tak siap2 lagi, dah sebulan lebih. Naik cemuih!

Malam biasalah pekena ikan bakar di Anjung. Lama pulak tak gi sana. Rindu kat awek ikan bakar (si jantung pisang). Aiseh, jalan balik mata dah naik layu kuyu..
Mana awek ikan bakar nih!

Ikan Belais bakar + pakis belacan + sup + nasik + tembolok kosong = hantu raya yang kelaparan!

Karaoke maa..

Teringat pulak ada cite 'Anak Bapak' (P. Ramlee). Mata aku kejap bukak, kejap tutup. Hujan turun lebat, berserta ribut kuat. Almaklum, Tawau dekat dengan laut. Issh.. bestnye klu dpt sambung tido. Sat2, memblog dulu..

Sempena Hari Bapa ni aku inigin melafazkan rasa syukur kpd Allah Ta'ala atas limpah kurnia, kesihatan, dipermudah urusan seharian kepada kami semua, terutama kpd bapak aku dan bapak2 yg ada kat dunia.

Sunday, June 14, 2009

Coretan Perjalan Yang Pertama Kalinya Dalam Ini Blog. Emm.. Cedapne Sanggar Peppek!

Apa post benda mencarut nih?? Sabo.. baca sampai abis dulu..

Terasa rugi pulak tak memblog semenjak dulu. Malas + tak tau. La ni baru rasa ianya satu kerugian. Banyak pengalaman yg boleh diceritakan/dikongsikan, tapi timenya telah pun berlalu pergi. Takpelah, simpan baik2 dlm lipatan memori.

Ok, sekarang ni aku telah berada lebih sebulan di negeri 'di bawah bayu'. Setelah mendarat di KK pada 4 Mei yang lalu, aku meneruskan penerjahan ke Tawau. Dengan melalui perjalanan udara selama lebih kurang 45 minit, aku tiba di Tawau tanggal 11 Mei untuk kali keduanya dlm tempoh 2 tahun. Yang sebelumnya, aku berekspidisi bersama Talib (rakan sekerja); dari Sandakan-Lahad Datu-Semporna-Tawau, dengan berkereta.

Alhamdulillah.. berkat bekerja dengan SINGER, aku telah banyak melancong. Dari selatan ke utara, dari timur ke barat. Tapi itulah, banyak juga yg terpaksa dikorbankan. Contohnya, hidup berkeluarga. Ermm.. tak sampai seru lagi gamoknye!

Di sini kami menyewa bilik. RM600/bulan. Lokasi.. belakang Hotel Emas.

Bersama Zol (rakan sekerja), dalam bilik sewa kami.
Penginapan Kami.

Apa menariknya di sini? Pastinya makanan laut (seafood)! Pelik, makan nasik campur di sini kosnya lebih mahal dari makan nasik lauk ikan bakar!! Secara purata, kalau makan malam berdua + ikan bakar + sayor + air berwarna dan bergula, RM17-RM23. Kalau makan nasik + 2-3 jenis lauk + air, RM15. Pilihla..
Kalau nak makan murah, bolehla pegi Taman Sabindo. Situ mkn tengah hari leh dapat RM3 sepinggan. Alhamdulillah, memuaskan juga..

Ada satu makanan kat sini, nama dia pelik sikit. Tengok gambar, tak nampak besarkan, pastu sebut sendiri.

Baca kat menu spesel dia tu. ngeh.. ngeh.. ngeh.. SANGGAR PEPPEK.

Ni la bendanya sanggar peppek tu. Dibuat dari pisang muda, dilenyek dan digoreng. Sedap dimakan semasa masih panas lagi. Cicah dengan sambal belacan (yg jadi penentu kesedapannya).


Link2 Bermanfaat

Plug-in untuk operasi muat turun (serasi Mozilla Firefox) - sangat2 membantu dan disyorkan;
www.downloadhelper.net

Pemain multi format video/audio (freeware);
www.videolan.org/vlc

Pencari file;
www.filestube.com

Gerakan Islamiyah;
www.mykhilafah.com

Bacaan al Quran/juz ama'/doa (streaming);
www.muslimtents.com/alafasy

Himpunan/enjin pencari Media (video/audio);
www.imeem.com

Forum/info, terutama perniagaan & pengurusan kewangan;
www.bicarajutawan.com

Untuk Macbook aku;
www.apple.com
www.freewareosx.com
www.mymug.org

Hidup Ini Indah Jika Kerana Allah

Dirikanlah solat yang sempurna.. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.



Sepohon Kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Masjid Jamek Tawau (Baru)

Info: Masjid ini terletak di antara Jalan Sabindo dan Ba-Zhong. Cukup besar untuk memuatkan para jemaah pada hari Jumaat.

Kepunyaanku

Ini adalah antara peralatan/gajet yg sentiasa berada di sisi;



Komputer Riba pertama, HP NX9040 (warna hitam sebelah kiri) dibeli pada penghujung 2004 dgn harga RM2,999 di Mid Valley. Banyak berjasa & selesa diguna. Dijual kpd Abg War dengan harga RM800 pada Mac 2009. Bye bye HP, bye bye Windows..

Macbook menggantikan HP sempena besday ke-30 (20.02.09) dibeli dengan harga RM4,799 di Digital Mall (seksyen-14,PJ). PDA O2 XDAII Mini (magician) dah pakai 4 tahun. VAIO external harddisk (40GB). Sony MicroVault thumbdrive (512MB). CSL 3G modem (Celcom broadband). Dan jam tangan Swatch Irony.

Fujifilm FinePix F11 Kamera digital (6.3Mp). Beli kongsi dgn Hairun time nak konvo dia.

Dan beg kulit lembu (hand made) buatan orang Tawau-design aku sendiri. Dibeli dgn harga RM250 pada 12 Jun 2009 utk memuatkan barang2 aku semua di atas tu.


Monday, June 8, 2009

Blarak & Blungkeng

Apa blarak? Kenapa Blungkeng?

Blarak itu..

Asal dari bahasa Jawa bermaksud pelepah kelapa kering.
Blungkeng mewakili pangkalnya, manakala blarak mewakili pelepah berdaun sehingga ke hujungnya.

Mengapa Blungkeng?

Asal daun kelapa dari rebung (janur) nya, muda & lembut sifatnya.
Megar kembang menjadi pelepah muda, banyak fungsi & guna.
Bila sudah tua, pelepah gugur seiring kelapanya.
Blarak & Blungkeng habis fungsi & gunanya? Tidak..

Begitulah hidup.

Tujuan Blog Ini

Objektif blog ini adalah kerana;
  • menghimpun & berkongsi pengalaman hidup untuk kenangan dan tatapan.
  • justeru, "diri in tahu dari mana, dah ke mana & ke mana arah tuju hidup".
  • menjalin ukhuwah antara keluarga, saudara & sahabat.

Bismillah Sebagai Pemula

Sekilas sejarah diri;
  • Namaku Adi Muzapar bin Mohamad.
  • Lahir Selasa, Februari 1979 tanggal 20, bersamaan 22 Rabi'ul Awal 1401 di Kampung Parit Rambai, Pontian.
  • Mak-Bapak Jawa. Aku..
  • Warga peneroka FELDA di Sungai Mas, Kota Tinggi.
  • Awal pendidikanku di tadika dan sekolah rendah di Felda Sungai Mas (1984 - 1990).
  • Menengah di Sekolah Menengah Bandar Mas (1991 - 1996).
  • Pengajian lanjutanku di Universiti Teknologi Malaysia.
  • 2003 sehingga kini, rezeki pemberian Allah diturunkan kepadaku melalui kerjayaku sebagai Audit Dalaman di Syarikat Singer (M) Sdn. Bhd.

Kenangan Hari Keluarga di Tiara Beach Resort, Port Dickson May 2008.
Belakang dari kiri: Kak Ina, Irfan, Kak Ma, Mak, Bapak, Kak Nani, Akip & Hairun.
Depan dari kiri: Adam, Abg K, Azim, Abg War, N, Akim, Azam, Anis, Abg J, Maming dan Aku.